Sunday, October 13, 2019

Perbincangan Awal Buat Kolam Renang

Setelah berbincang dengan suami, kami deal untuk jumpa di rumah. Kontraktor R, isterinya dan anaknya datang ke rumah aku. Disambut oleh aku dan suami. Aku dan suami bersyukur dapat jumpa kontraktor Melayu. Yelah, niat dihati memang nak tolong orang Melayu, bangsa sendiri..

Sekitar April 2018
Pertanyaan dan perbincangan dengan kontraktor R. Kontraktor R mengaku boleh membuat Kolam Renang.  Aku dan suami bersetuju untuk melantiknya untuk membina kolam renang dan landskap di rumah kami dengan kos RM60k. Masa datang ke rumah tu, bukan main ramah manis mulutnya berbicara. Katanya, jika ada lebih dia akan pulangkan duit aku. So aku dan suami pegang kata-kata dia. Pada anggapan kami, bila kontraktor kata macam tu dah tentulah kosnya di bawah RM60k.

Perjanjian hanya dibuat secara lisan, atas dasar kepercayaan. Kontraktor langsung tak sebut pasal agreement.Kontraktor juga buat kami percaya dengan mengatakan kami suami isteri sama negeri dengannya. Awal2 lagi dia dah kata dia tak akan menipu .
"Tak Kan abang nak menipu... Bagi makan anak bini.."

Terma-terma perjanjian yang kami buat secara lisan :
1.pembinaan kolam renang di tepi rumah dengan sistem kolam yang lengkap
2. Pembinaan gazebo mini dan awning di tepi kolam
3. Pemecahan tingkap sedia ada untuk buat sliding door di tepi kolam
4.kerja wiring, mengecat Dan landskap di sekitar kolam.
5. Semasa perbincangan pertam ni, aku nyatakan dengan kelas kolam perlu ikut standard kolam renang, kemas buatannya dan berkualiti (aku ulang beberapa Kali)
6. Kontraktor R berjanji wang lebihan dia akan pulangkan kepada kami.
7. Kerja keseluruhan akan siap sebelum Hari Raya Puasa 2018 (Jun 2018)

Kontraktor suruh aku dan suami buat pelan dan dapatkan kelulusan Majlis Perbandaran.

April 2018
Aku dan suami pergi ke MBMB untuk dapatkan kelulusan pembinaan dan tanya prosedur apa yang kami perlu buat untuk bina kolam di rumah. Menurut pegawai MBMB yang bertugas, tak perlu dapatkan lesen kerana pembinaan tersebut bukannya renovation rumah. Pembinaan yang bakal dibuat adalah di luar rumah. Asalkan awning x boleh extend lebih 4 kaki. Itu antaranya yang disebut pegawai tersebut. Pegawai wanita tersebut beri kami list pelukis pelan untuk kami berurusan lanjut.

Aku dan suami terus ke pejabat pelukis pelan di Malim. Kami dimaklumkan perkara yang sama. Tak perlu apply lesen.

Alhamdulillah kami bersyukur Allah permudahkan.

Kami melukis pelan dengan buat ukuran kolam yang kami kehendaki mengikut kawasan rumah.


24 April 2018
Pembayaran deposit RM10k. Kerja mengukur. Bila dia ukur, dia langsung tak ikut ukutan kami. Ikut kepala otak dia je. Kami sedar perkara ni bila dia dh korek tanah dan pasang batu bata.

26 April 2018
Kerja-kerja mengorek tanah

27 April 2018
Bayaran ke-2 RM10k. Jumlah bayaran telah dibuat RM20k. Pembayaran dibuat secara online banking. Kerja-kerja mengikat bata. 2 orang pekerja. Timbul juga tandatanya kami suami isteri, ini ke cara orang buat kolam?. Bila Tanya kepada kontraktor R, dia hanya kata " Adalah ...cara kami buat" Tidak pulak diterangkan caranya. Kerana anggap kawan dan ingat boleh dipercayai, kami serahkan sahaja kepadanya kerana tidak mahu ganggu kerja kontraktor.

Pada mulanya nampak lah kesungguhan dia dan pekerjanya buat kerja. 2 orang pekerja yang buat kerja-kerja berat, dia hanya jadi mandor sahaja, dan buat kerja ringan.

4 Mei 2018
Pembayaran ketiga RM10k. Jumlah yang telah dibayar RM30k






Membina Kolam Renang

Kisahnya begini...
Aku memang mempunyai impian untuk membina kolam renang di rumah jika aku dah ada rumah...
Alhamdulillah akhir tahun 2017, proses beli rumah selesai dan kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Syukur yang Tak terhingga atas rezeki kurniakan Allah ini.

Hampir setahun, kami tinggal di rumah baru. Rumah yang dibeli dari owner terdahulu yang perlu jual rumah untuk berniaga katanya. Nak bina stesyen mintak di Terengganu.

Ok, berbalik kepada kisah kontraktor ni...
Aku jumpa dia di sekolah, kebetulan dia ni suami rakan sekerja aku... Kononnya pada pandangan aku (sebelum tembelang suami isteri ni pecah) Kawan aku ni seorang yg dedekasi, kemas buat kerja... Tapi kini segalanya dh terang lagi bersuluh sikap penipunya..

Masa aku jumpa tu, aku tanya dengan isteri dia. Memang isterinya puji melangit lah laki penipunya, bagai kontraktor serba tahu.

Katanya semua suaminya boleh buat, memang dapat pujian sebelum ni..x de orang complain semua nya ok bila suami dia dapat projek. Then, kebetulan kontraktor R ni dapat projek kat sekolah, aku jumpa dia tanya dia boleh buat kolam renang tak? Apa lagi jawabnya, memang boleh, siap gurau pulak aku nak buat kolam macam mana, kolam olimpik pun dia boleh buat. Huhh takbur betul..

Bila dah deal tanya betul-betul dia kata dia boleh buat. Siap tunjuk kat aku dua orang pekerjanya yang kononnya memang biasa buat kolam..






Saturday, October 12, 2019

Pengenalan

Assalamualaikum ..
 Aku menulis untuk luahkan rasa hati, pengalaman ngeri yang aku tempuhi dalam hidup bila berjumpa dengan seorang kontraktor penipu. Memang bapak penipu... Huishh memang dasyat segala penipuan terancang yang dia atur semata- mata kerana duit.

Orang jenis macam ni tak ingat mati agaknya , sanggup makan duit haram dengan cara menipu dan aniaya orang...
Nauuzubillahi min zalik